Selepas menjadi perbualan hangat beberapa bulan lalu, nama Lindsay Lohan sekali lagi disebut apabila mengaku mula membaca Al-Quran.
Menurut laporan Daily Mail, Lindsay mengakui membaca Al-Quran menjadikannya tenang dan menerbitkan perasaan istimewa.
“Saya merasakan sesuatu perkara luar biasa apabila membaca Al-Quran.
“Saya berasa amat tenang saat membacanya dan ia merupakan perkara yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini.
“Tidak hanya membaca Al-Quran, saya juga mengaku sudah mula belajar untuk beribadah seperti penganut agama Islam dan cuba berpuasa,” katanya.
Lindsay berkata demikian ketika di wawancara sebuah program televisyen di Kuwait, baru-baru ini.
Tambah Lindsay, dia menyedari bahawa ramai orang Amerika Syarikat tidak suka apabila melihat foto-foto Lindsay membawa Al-Quran yang menjadi tular di internet.
“Saya hanya membawa sebuah kitab, tetapi orang di Amerika Serikat tidak menyukainya dan kebanyakkan mereka telah melemparkan kata-kata buruk hanya kerana saya memegang Al-Quran,” katanya.
Olahan Oleh : Rozaimi Zubaidi
Sumber: Astro Gempak
Sumber Lindsay Lohan Mengakui Tenang Selepas Membaca Al-Quran