Didakwa Tak Laku, Danny X Factor Jadi Pemandu Uber Pula?

Lama rasanya tidak mendengar khabar berita dari Danny, salah satu anggota kumpulan X Factor yang popular satu ketika dahulu.

Wajahnya sudah jarang kelihatan menghiasi drama-drama tempatan mahupun membuat persembahan nyanyian dan baru-baru ini dia dikatakan sudah menjadi pemandu Uber.


Ramai yang mempersoalkan Danny sudah tidak laku lagilah dalam dunia hiburan tempatan. Apa jadi dengan bisnes syarikat produksi miliknya atau kerja pengurusan acara yang dilakukannya sebelum ini?

Rupa-rupanya, Danny telah memberikan penjelasan kepada Harian Metro dengan mengatakan dia hanya menjadi pemandu teksi moden itu sekadar hobi serta bersifat sambilan sahaja.

Menurutnya dia masih menguruskan syarikatnya, Double Channel Sdn Bhd, cuma apabila isterinya, Zaidatul Norfazlin, ‘terbang di awan’ sebagai pramugari, dia berasa agak bosan duduk di rumah.

Begitu ceritanya, jadi jangan pandai-pandai pula membuat spekulasi yang bukan-bukan. Asalkan pekerjaan yang dilakukan halal, apa salahnya, tak begitu

Post a Comment

Previous Post Next Post