Ibu cekup anak tengah ratah mayat budak lelaki

Seorang ibu di India tidak menyangka anak lelakinya merupakan seorang kanibal atau pemakan daging manusia apabila mencekup anaknya itu yang sedang meratah seorang budak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurut portal Mirror, suspek, Nazim Miyan yang berusia dalam lingkungan 20-an, dipercayai mengumpan mangsa, Mohammad Monis untuk memasuki rumahnya ketika budak tersebut sedang bermain bersama rakannya di luar.

Miyan juga dituduh membunuh budak tersebut dengan memenggal kepalanya sebelum merobek dan meratah perut mangsa.

Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati tubuh mangsa terlentang di atas lantai bilik suspek.

 

Miyan berada di tepi mayat mangsa ketika ditahan dan menyerah diri tanpa melawan.

Namun selepas ditahan, beratus-ratus penduduk berkumpul di luar balai polis di Amariya dekat negeri Uttar Pradesh, utara India.

Mereka cuba menyerang Miyan dan mahu suspek dibunuh atas jenayah yang dilakukannya.

Ketika disoal siasat, Miyan memberi maklum balas yang sukar difahami dan polis percaya suspek mengalami masalah mental.

Dia kini didakwa atas tuduhan membunuh dan menculik.

 

Sumber: MStar



Sumber Ibu cekup anak tengah ratah mayat budak lelaki

Post a Comment

Previous Post Next Post