Lelaki ghairah cium penguatkuasa wanita DBKL di mulut sebelum di belasah orang ramai

Seorang penguatkuasa wanita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dicium lelaki tidak dikenali ketika sedang menjalankan tugas di Jalan Gading di sini petang kelmarin.

Seorang penguatkuasa wanita DBKL dicium lelaki tidak dikenali ketika menjalankan tugas di ibu kota petang kelmarin. ― Foto AFP

Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkata penguatkuasa berusia 27 tahun itu dicium di bahagian mulut selepas suspek bertindak agresif memegang muka mangsa dengan kedua-dua belah tangannya.

“Ketika mangsa mengeluarkan kompaun, muncul seorang lelaki tidak dikenali sedang merayau-rayau di lokasi kejadian dan mengganggu mangsa.

“Suspek kemudian menghampiri mangsa dan memujinya cantik.

“Namun tindakan lelaki itu menyebabkan mangsa mengarahkannya supaya beredar kerana mahu mengambil gambar kereta yang disaman,” kata Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman seperti dilaporkan Harian Metro.

Lelaki berusia 35 tahun itu dilaporkan dibelasah orang ramai yang berada berhampiran di sebuah hotel di kawasan Bukit Bintang.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Lelaki ghairah cium penguatkuasa wanita DBKL di mulut sebelum di belasah orang ramai

Post a Comment

Previous Post Next Post