Terkedu kami membaca luahan hati Puan Nurul Hidayu di laman Facebooknya. Siapa yang tahan bila suami yang sepatutnya jadi tempat berlindung dan bermanja bermadu kasih dengan perempuan lain saat dirinya dalam pantang. Skandal suaminya itu pula adalah budak mentah tingkatan 3. Sudahlah nafkah tak bagi, semuanya si isteri tanggung sendiri, ada pula skandal dengan remaja bawah umur. Luahan hati wanita ini telah mendapat lebih 11 ribu share dan beratus komen. Melalui komen dalam posting ini juga Puan Nurul Hidayu mendakwa dia sudah membuat laporan polis kerana suaminya membuat hubungan dengan remaja bawah umur.
Puan Nurul Hidayu sudah pun membuat laporan polis.
Tags:
tbKOR