‘Kenal ramai wanita tapi hati belum berkenan” – Abam Bocey cerewet pilih calon isteri

Mahu cari pasangan hidup pastinya bukan sesuatu yang mudah dan bagi pelakon dan pelawak, Abam Bocey dia mengakui berkawan dengan beberapa wanita namun tiada yang berkenan di hati untuk dijadikan isteri.

“Saya ada berkawan dengan ramai wanita tapi semuanya masih dalam proses berkawan sahaja, tiada lagi yang istimewa untuk dijadikan isteri. Selalunya saya akan bawa balik dan kenalkan kepada ibu dahulu, jika ibu berkenan saya akan serius dengan hubungan itu”

'Kenal ramai wanita tapi hati belum berkenan" - Abam Bocey cerewet pilih calon isteri

‘Kenal ramai wanita tapi hati belum berkenan” – Abam Bocey cerewet pilih calon isteri

“Ada juga beberapa yang dia suka tapi saya pula tidak berkenan. Saya ini orang istimewa, bukan sebab saya artis tetapi sebab saya ada karenah yang orang susah nak terima. Lelaki pun ramai yang tidak mahu berkawan dengan saya”

“Pendek kata, kalau ada jodoh saya kahwin, kalau ada ‘bodoh’ saya blah,” jelas Abam dalam nada berjenaka kepada mStar Online. Dalam masa yang sama, Abam tidak menolak seandainya akan berkahwin dalam tahun ini jika bertemu jodoh yang sesuai.

Sementara itu, ketika peluang masih terbuka, Abam turut menyatakan bahawa dia mahu mengumpul harta sebanyak mungkin sebelum berkahwin kerana dengan tubuh badan yang dimilikinya, dia tidak mampu untuk mencari kerja lain selain sebagai pelawak.

Sumber: Rotikaya



Sumber ‘Kenal ramai wanita tapi hati belum berkenan” – Abam Bocey cerewet pilih calon isteri

Post a Comment

Previous Post Next Post