Nama Persis Parti Pembangkang, Mahmad Pas Sukar Dapat Pekerjaan

Lelaki dari Kuala Nerang Kedah ini menjadi perhatian kerana memiliki nama yang unik.

Mahmad Pas Mad Arshad, 58, dari Kampung Lubuk Perung berkata, namanya itu diberi oleh bapa angkatnya yang merupakan seorang ulama, Haji Ibrahim Haji Hashim yang terkenal di Padang Terap.

Dia juga pernah diejek oleh rakannya yang selalu melaungkan ungkapan  "Hidup Pas, hidup Pas, hidup Pas" 

Bertambah malang apabila dari dulu lagi dia menghadapi kesukaran untuk memohon bekerja dalam sektor awam gara-gara namanya yang menyerupai parti pembangkang itu.


"Banyak jawatan saya pohon antara polis dan pembantu pejabat di beberapa agensi kerajaan tetapi kerana masalah birokrasi, saya gagal dapat sebarang jawatan," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya lagi, permohonannya untuk memiliki rumah projek di bawah kerajaan juga terganggu gara-gara nama yang dimilikinya.

"Saya terpaksa mohon sebanyak tiga kali melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) walaupun pada masa itu segala syarat dah dipenuhi. Jawapannya sangat mendukacitakan hinggalah saya sanggup berjumpa terus dengan pegawai daerah pada masa itu. Akhirnya permohonan saya diterima dan terima kasih kepada mereka yang prihatin," katanya.

Pas juga meluahkan rasa kecewanya dengan budaya politik di negara ini berbanding dengan politik di barat yang lebih bersifat terbuka.

Post a Comment

Previous Post Next Post