Putus Cinta, Luahan Duka Lelaki Ini Tiba-tiba Jadi Trending Di Twitter

Remuk hati bila mendapat tahu buah hati pengarang jantung bakal berkahwin dan bukannya dengan dirinya, sebaliknya dengan lelaki lain. 

Lelaki ini, tiba-tiba menjadi trending menerusi Twitter bila cerita dan luahan kesedihannya tentang si dia yang 'melangkah pergi' seakan menarik perhatian ramai netizen.

Menggunakan nama @kimbuenos, berkata dirinya seakan diperbodohkan selama ini kerana 'menjaga jodoh orang lain'. 

“Patutlah dia marah sangat bila aku post gambar dia. Last-last dapat tahu juga dah nak kahwin. Aku terjaga jodoh orang. 

"Selama ini aku diperbodohkan dengan kau!" tulisnya di laman sosial itu. 

Tanpa disangka luahannya itu menyentuh ramai yang membaca. Netizen tanpa henti memberikan sokongan kepada lelaki ini, sama ada yang kenal secara dekat atau sebaliknya. 

Ternyata, kuasa media sosial begitu menakjubkan. Bayangkan hari ini anda kecewa dan luahkan sesuatu di Twitter atau Facebook, dalam masa beberapa jam ramai yang bertalu-talu sudi menenangkan anda dan menyejukkan hati yang kesedihan. 

Zaman sudah berubah, ada baiknya sebarkan kebaikan dan aura positif menerusi laman sosial seperti ini. Tak salah melegakan hati seseorang yang sedang duka, kan? Tahniah, netizen untuk ini!

Post a Comment

Previous Post Next Post