Obsesi Melampau, Lelaki Belanja Ratusan Ribu Ringgit Tiru Muka Britney Spears

Disebabkan terlalu obses dengan Britney Spears, seorang lelaki sanggup menghabiskan sebanyak AS$80,000 (RM359,000) untuk kelihatan seperti penyanyi pop terkenal dunia itu.



Bryan Ray, Foto: themirror.co.uk
Berasal dari Amerika Syarikat, Byran Ray sudah mula melakukan pembedahan plastik sejak berumur 14 tahun lagi.

Menganggap Britney adalah seorang yang sempurna, Ray mengaku yang dia berasa sesuatu yang istimewa terutamanya dari segi paras rupa, suara dan nayanyiannya sewaktu pertama kali bertentang mata dengan penyanyi itu.

Malah Ray sanggup bertemu doktor gigi untuk membetulkan gigi bagi mendapatkan senyuman seperti Britney ketika usinya 17 tahun.

Ray dan Britney Spears, Foto: themirror.co.uk
Sehingga kini, dia sudah menjalani lebih dari 90 pembedahan plastik dan ianya tidak terhenti setakat itu sahaja.

Memetik laporan dari Mirror Online, Ray juga mempelajari tarian Britney dan mempamerkan kehebatannya ketika mengunjungi kelab malam.

Dia juga sanggup menonton semua wawancara penyanyi pop tersebut, berpakaian sepertinya dan sentiasa menyanyikan lagu Britney

Post a Comment

Previous Post Next Post