Chatime Malaysia Nafi Guna Bahan Tanpa Kelulusan

Bekas pemegang francais Chatime Malaysia, Loob Holding menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pemilik francais dari Taiwan, La Kaffa mengenai pembatalan penjanjian antara mereka.

Portal berita Channel News Asia melaporkan, dakwaan itu disifatkan Loob sebagai ‘tidak benar dan berniat jahat’.
Loo
Pegawai Eksekutif Loob, Bryan Loo menyatakan, “Kami menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan palsu dan berniat jahat oleh La Kaffa dalam kenyataan media pada 3 Februari 2017.”

Dakwaan tersebut menyatakan yang Loob menggunakan bahan mentah yang bukan sebahagian daripada resipi yang diluluskan. 


“Dakwaan tentang ‘bahan mentah’ yang digunakan ‘tanpa mengikut resipi yang diluluskan’ memberi tanggapan bahawa kualiti produk Chatime di Malaysia telah dikompromi. Semua ini tidak benar, ini bukan sebahagian daripada pertelagahan dengan La Kaffa,” ujarnya lagi.

Bulan lalu, La Kaffa telah membatalkan perjanjian dengan Loob dan menyatakan ia akan mengambil alih operasi bisnes dan pembangunan Chatime Malaysia serta-merta berikutan ketidaksefahaman hala tuju perniagaan.

Mengenai dakwaan pembayaran tertunggak pula, Bryan Loo menjelaskan jika ada jumlah seperti yang dikatakan, ia tentunya akan dilunaskan.

"Syarikat telah membuat pelaburan awal untuk mendapat pegangan francais 30 tahun yang berakhir pada tahun 2041. Ini adalah bukti bahawa syarikat kami mempunyai komitmen francais jangka panjang. Syarikat juga tidak akan bertindak sesuatu yang menjejaskan pelaburan,” tambahnya

Post a Comment

Previous Post Next Post