Bagaikan mimpi bila wang angpau sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini diberikan secara unik oleh sebuah cawangan bank Hong Leong.
Menerusi sebuah video yang berlegar di laman sosial, pengunjung di sebuah bank terkejut dan juga teruja bila wang angpau itu ditebarkan ke atas dan bertaburan jatuh.
Ini menyebabkan masing-masing berebut untuk mendapatkan kepingan RM1 dan RM5 yang diibaratkan jatuh dari langit itu.
Video tersebut dipercayai dirakam di cawangan bank itu di Cheras, turut mengundang rasa 'cemburu' di kalangan netizen lain dan menganggap ia sebagai satu cara keterlaluan. Apa pula kata anda?