Sangat mengejutkan, seorang wanita yang sedang ditemuramah oleh wartawan untuk sebuah televisyen bertindak menyusukan seekor anak babi secara tidak semena-mena.
Kejadian berlaku di sebuah ladang di negara Peru itu apabila seorang wartawan bertanyakan tentang hujan lebat dan banjir serta kesannya ke atas perniagaan tempatan.
Ketika ditemuramah, wanita yang sedang mendukung anak babi itu tiba-tiba sahaja menyelak bajunya dan memberikan susu badannya kepada haiwan itu.
Terkejut dengan situasi itu, jurukamera segera mengalihkan kamera agar tidak merakamkan aksi pelik lagi jelik itu.
Dailymail melaporkan wartawan juga berasa tergamam dengan tindakan wanita itu seterusnya berjalan jauh daripadanya dan terus membuat laporan cuaca di situ.