“Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu akan datang ke balai tapi mereka tak sabar-sabar nak tangkap saya” – Jamal Md Yunos

SHAH ALAM – Kediaman Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang terletak di Ampang kini dikepung polis.

Jamal ketika dihubungi berkata, lapan pegawai polis sedang menunggunya di luar pintu pagar.

"Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu akan datang ke balai tapi mereka tak sabar-sabar nak tangkap saya" - Jamal Md Yunos

“Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu akan datang ke balai tapi mereka tak sabar-sabar nak tangkap saya” – Jamal Md Yunos

“Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu saya akan datang ke balai dalam pukul tiga tetapi mereka ini tidak sabar-sabar hendak tangkap saya.

“Ada dua buah kereta polis kini, nanti saya maklum semula,” katanya kepada Sinar Online.

Tindakan polis itu difahamkan berhubung tindakan Jamal menceroboh sebuah pusat judi di Ampang baru-baru ini.

Difahamkan, polis sebelum ini meminta Jamal supaya datang ke balai polis untuk menyerah diri berhubung isu berkenaan.

Sumber: Sinar



Sumber “Rumah saya dikepung, saya sudah beritahu akan datang ke balai tapi mereka tak sabar-sabar nak tangkap saya” – Jamal Md Yunos

Post a Comment

Previous Post Next Post