Pengacara popular, Neelofa memilih untuk berdiam diri berhubung isu dia dikatakan menarik diri daripada bergandingan dengan Fattah Amin untuk drama terbaharu, Hero Seorang Cinderella.
Jelas Neelofa, dia dinasihatkan oleh pihak Astro untuk tidak memberi sebarang kenyataan sehingga satu keputusan rasmi dimuktamadkan.
“Saya faham dengan situasi sekarang dan lebih baik saya berdiam diri sehingga pihak Astro sendiri memberi kenyataan rasmi tentang isu tersebut,” katanya.
Neelofa berkata demikian sebagai mengulas satu laporan bahawa Neelofa didakwa enggan berlakon bersama Fattah dan pengarah drama tersebut, Micheal Ang ketika ini sedang dalam proses untuk memujuk pengacara tersebut.
Sebelum ini, kedua-dua pelakon bersetuju untuk bergandingan bersama dalam drama tersebut namun semalam, Neelofa secara langsung di laman sosial Instagramnya mengumumkan dia tidak akan berlakon dalam drama arahan Michael Ang itu.
Berikutan itu, peminat mula mempersoalkan keputusan Neelofa dan membuat ‘kempen’ #Lofattah4HSC di laman-laman sosial.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Tarik diri dari bergandingan dengan Fattah Amin untuk drama Hero Seorang Cinderella, Neelofa kunci mulut