Atuk 80 tahun kematian isteri disember lalu sibuk nak cari isteri baru melopong ditipu isteri orang

Seorang warga emas berusia 80 tahun kempunan untuk mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya yang juga warga Indonesia apabila dia mendakwa diperdaya wanita itu menyebabkan kerugian RM3,000, baru-baru ini.

Ishak Unchit berkata, dia mengenali wanita berusia 37 tahun itu menerusi Facebook bulan lalu sebelum bertemunya di Kelana Jaya, Selangor.

Katanya, dia menjalinkan hubungan cinta dengan wanita terbabit selama 16 hari dan memutuskan untuk mengahwininya.

“Sejak kematian isteri pada Disember tahun lalu, saya bercadang mencari isteri baru. Sebaik bertemu di Kelana Jaya pada 7 Februari lalu, kami mula jatuh cinta,” katanya.

Bekas komando tentera itu berkata, wanita itu sering mengadu masalah peribadi dan memberitahu suaminya meringkuk dalam penjara di Sumatera, Indonesia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Atuk 80 tahun kematian isteri disember lalu sibuk nak cari isteri baru melopong ditipu isteri orang

Post a Comment

Previous Post Next Post