Bapa terlanggar satu-satunya anak perempuan berusia 2 tahun hingga mati ketika mengundur

Budak perempuan berusia dua tahun maut selepas pacuan empat roda dipandu bapanya terlanggar kanaka-kanak itu ketika mengundur di FELDA Jengka 10, di sini, pagi tadi.

Bapa terlanggar satu-satunya anak perempuan berusia 2 tahun hingga mati ketika mengundur

Bapa terlanggar satu-satunya anak perempuan berusia 2 tahun hingga mati ketika mengundur

Dalam kejadian 8.45 pagi itu, Nur Aireena Ilhani Azizi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa, Azizi Ramli, 47, yang mempunyai kedai runcit baru pulang selepas menghantar barang kepada pelanggannya.

Abang sulung mangsa, Muhammad Aiman Azizi, 18, berkata, dia berada di kaunter kedai runcit berkenaan sebelum dikejutkan dengan jeritan ibunya, Noraini Mohamad, 41.

 

“Saya mendengar ibu menjerit memanggil nama adik dan saya terus bergegas keluar dari kedai untuk melihat apa yang berlaku.

“Sebaik keluar, saya melihat adik sudah terbaring di belakang kenderaan ayah dalam keadaan berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Katanya, adiknya terus dibawa ke Hospital Jengka untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Muhammad Aiman berkata, jenazah adiknya dikebumikan di tanah perkuburan Islam FELDA Jengka 10, 3 petang tadi.

Sementara itu, bapa mangsa masih trauma dengan kejadian itu dan mengakui terkilan kerana kehilangan satu-satunya anak perempuan daripada empat beradik.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mazlan Hassan mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Metro



Sumber Bapa terlanggar satu-satunya anak perempuan berusia 2 tahun hingga mati ketika mengundur

Post a Comment

Previous Post Next Post