Fattah Amin dedah pernah kerja belakang tabir dan kipaskan Shaheizy Sam yang kepanasan ketika shooting

Mungkin ramai yang tahu, bintang sensasi Fattah Amin merupakan anak saudara kepada Datuk Yusuf Haslam. Jadi tak pelik jika, wajahnya pernah kelihatan menerusi drama terbitan syarikat Skop Production milik pengarah terkenal itu. Terbaharu dia juga muncul dalam drama Gerak Khas yang disiarkan di RTM.

Fattah Amin dedah pernah kerja belakang tabir dan kipaskan Shaheizy Sam yang kepanasan ketika shooting

Fattah Amin dedah pernah kerja belakang tabir dan kipaskan Shaheizy Sam yang kepanasan ketika shooting

Didorong dengan ikatan persaudaraan itu, pelakon yang melonjak menerusi drama Suri Hati Mr Pilot di Astro sejak tahun lalu itu tak kisah menimba pengalaman dengan syarikat berkenaan. Tahun lalu juga, dia menerima lamaran anak kepada Yusuf Haslam iaitu Syafiq Yusuf membintangi filem KL Special Force di samping Syamsul Yusuf dan Datuk Rosyam Nor.

“Cuma untuk drama Gerak Khas saya akan terbabit jika dipanggil produksi sahaja selain mengikut kelapangan masa saya. Itu yang seronok bekerja dengan Skop Production, selain kerja yang teliti, semua masalah dibawa berbincang termasuklah jika jadual kerja saya terlalu padat,” katanya.

Kesenangan bukan datang menggolek. (Kredit Gambar: Mohamad Bakar)

Sebelum itu, dia pernah bekerja di belakang tabir dengan rumah produksi berkenaan menerusi drama Roda Roda Kotaraya dan filem Sam: Saya Amat Mencintaimu yang dibintangi Shaheizy Sam.

“Kerja belakang tabir ini saya ceburi sebelum menyertai dan menjuarai pertandingan Hero Remaja 2011/2012 lagi. Shaheizy Sam pun masih ingat memori kami bekerja. Ketika filem Sam: Saya Amat Mencintaimu itu menjalani penggambaran, saya turut membantu menyiapkan props dan set penggambaran.

“Saya sendiri pernah kipaskan Sam bagi menghilangkan kepanasan. Jadi saat bekerja di belakang tabir sendiri pun saya tahu bagaimana penat jadinya kalau bekerja di belakang tabir.

“Apatah lagi menjadi pelakon,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Penyanyi lagu Wanita Terakhir itu kini sedang melunaskan baki penggambaran drama Dia Anak Jeneral bagi siaran RTM terbitan A Aida Production selain turut bertindak buat pertama kali sebagai Penerbit Eksekutif. Fattah bergandingan dengan Niena Baharun.

Sumber: Rojak Daily



Sumber Fattah Amin dedah pernah kerja belakang tabir dan kipaskan Shaheizy Sam yang kepanasan ketika shooting

Post a Comment

Previous Post Next Post