Hans Isaac banyak menipu sebelum bertunang – Gabriella Robinson

Datuk Hans Isaac berkata beliau terpaksa banyak ‘menipu’ teman wanitanya Gabriella Robinson, 28, atau Gabby sebelum bertunang 29 Januari lalu kerana tidak mahu wanita itu dapat menghidu rancangan Hans untuk melamarnya.

“Gabby sering bertanya selain pasangan kekasih, adakah kami juga teman baik? Oleh kerana saya telah merancang untuk melamarnya dua bulan sebelum itu, saya kerap menipunya dengan mengatakan ‘tidak’ setiap kali ditanya,” kata Hans memulakan cerita.

Menurut Hans, Gabby tidak berputus asa malah teruskan bertanya dan setiap kali soalan itu diberi, jawapan negatif akan keluar daripadanya.

Hans Isaac banyak menipu sebelum bertunang - Gabriella Robinson

Hans Isaac banyak menipu sebelum bertunang – Gabriella Robinson

 

HANS TERPAKSA ‘MENIPU’ BAKAL ISTERINYA KERANA TIDAK MAHU RANCANGAN UNTUK MELAMAR DIHIDU WANITA ITU.FOTO: FISHA HANUDIN

Namun, jauh di sudut hati aktor berusia 46 tahun ini, Hans tahu mengapa beliau terpaksa ‘menipu’ tunangnya itu.

“Saya mahu segalanya sempurna untuk Gabby. Jadi, semasa membuat lamaran, barulah saya menjawab, ‘Yes, you are my best friend’ kepadanya buat pertama kalinya,” katanya.

Menariknya, Hans melamar tunangnya itu di hadapan gereja Good Shepherd, Singapura, iaitu tempat ibu bapanya berkahwin dahulu!

Malahan, Hans juga terpaksa ‘menipu’ Gabby sekali lagi dengan berkata tarikh tersebut merupakan ulangtahun perkahwinan ibu bapanya semata-mata mahu mengajak wanita itu ke lokasi tersebut.

“Gabby pula begitu sporting sekali, dia yang beria-ia mahu saya ke sana sebenarnya.

“Dan seperti ditakdirkan, sesampainya di sana saya terus melamarnya untuk menjadi isteri saya,” dedah Hans.

Sementara itu, apabila ditanya mengapakah Gabby memilih Hans sebagai bakal teman hidupnya, bekas ratu cantik pelancongan ini mempunyai sebabnya sendiri.

Kata Gabby, Hans merupakan seorang family man yang rapat dengan keluarganya dan itu salah satu faktor pemikat yang utama.

“Hans amat mementingkan keluarganya dan sebagai seseorang yang juga amat rapat dengan keluarga, saya rasa itulah daya penarik yang utama kerana kami mempunyai nilai-nilai kekeluargaan yang sama.”

Bagi Hans pula, beliau amat senang dengan sikap Gabby yang merendah diri dan sederhana meskipun dia merupakan seorang bekas ratu cantik.

“Saya pernah lihat dia bercakap dengan orang-orang yang berpangkat tinggi dan dengan orang lain seperti pemandu saya sendiri dan cara Gabby melayan mereka sama sahaja.

“Dia juga amat simple orangnya dan bersifat sederhana. Dia sering ‘menarik’ saya yang kuat bekerja ni kembali ke ‘bumi’ apabila saya perlu.

“Selain itu, saya yakin dia akan sentiasa bersama saya dalam susah ataupun senang. Itulah ciri-ciri yang membuatkan saya yakin dialah ‘orangnya’,” jelas Hans panjang-lebar.

Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan di gereja St. John’s Cathedral, Kuala Lumpur pada 29 Julai ini dan majlis resepsi bakal diadakan di Hotel Majestic pada hari yang sama.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/SK

 

 



Sumber Hans Isaac banyak menipu sebelum bertunang – Gabriella Robinson

Post a Comment

Previous Post Next Post