Bagi mengelakkan katak dan salamander digelek kenderaan ketika keluar mencari pasangan ketika musim mengawan, perkhidmatan Taman Negara menutup jalan raya di Pennsylvania lebih awal berbanding jadual asal.
Memetik laporan portal phillyvoice.com, penutupan jalan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan proses bertelur yang dianggap mengagumkan, selain mendengar bunyi katak.
Pemandu yang melanggar arahan boleh dikenakan denda antara AS$50 hingga AS$150 (RM222 hingga RM667) dan hukuman jenayah, jika mencederakan pejalan kaki.
Difahamkan apabila keadaan cuaca elok, ratusan dan kadang-kala mencecah ribuan amfibia bergerak di seluruh wilayah itu untuk mengawan.
Namun, disebabkan cuaca sejuk luar biasa kali ini, renjer taman mengumumkan penutupan jalan pada waktu malam di Middle Smithfield Township lebih awal tahun ini ketika gerombolan katak, salamander bintik dan amfibia lain mencari pasangan masing-masing.

