DAP bingung apabila permohonan seorang wanita bukan Islam untuk menjadi guru matematik ditapis oleh Jabatan Agama Islam Sarawak.
Menyifatkannya sebagai “tidak masuk akal”, pengerusi DAP negeri mahu Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Abang Openg menjelaskan tindakan itu.
“Ia cukup tidak munasabah bagi Jabatan Agama Islam Sarawak menapis dan [tidak] meluluskan permohonan bukan Islam yang mahu menjadi guru,” kata Chong Chieng Jen.
“Kenapa jabatan itu menapis permohonannya sedangkan dia bukan Islam dan dia bukan mahu mengajar [subjek] Pendidikan Islam tetapi [subjek] Matematik?”
Chong, ketua pembangkang Sarawak, merujuk kes Wong Wang Yuen, seorang lulusan sarjana matematik Universiti Perguruan Sultan Idris, yang ditolak permohonannya bulan lalu.
Sumber: Projek MMO
Sumber Mohon guru matematik tapi pejabat agama yang tapis?