Jawapan balas penerbit apabila Upin dan Ipin dituduh budak biadap

Setiap dialog yang digunakan dalam siri animasi “Upin dan Ipin” telah dikaji dan banyak memberi manfaat kepada masyarakat, kata penerbitnya Les’ Copaque.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Burhanuddin Md Radzi, 61, berpengalaman menerbitkan animasi lebih sedekad . — Foto oleh Choo Choy May

Burhanuddin Md Radzi, 61, menegaskan percakapan watak kembar kampung itu menunjukkan cara kepetahan kanak-kanak biasa dan bukannya kurang ajar seperti yang didakwa.

“Upin Ipin kami buat banyak kajian. Walaupun nampak hanya cerita budak tapi isteri saya sangat prihatin. Semua dialog ada sebab dan mesti ada isi.

“Kita tak hendak [dialog] kosong. Setiap dialog kalau buat untuk sampaikan mesej prihatin. Dan juga mesti ada nilai hiburan,” kata pengarah urusan itu dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Beliau menjawab satu status pengguna maya yang viral di media sosial apabila mempertikaikan satu babak perbualan Upin Ipin dengan kakaknya, Kak Ros yang dikatakan biadap dan kurang ajar.

Baca artikel sebelum:  mengajar budak-budak jadi biadap, Boboiboy lagilah biadap!

Status tersebut dimuat naik 16 Mac lalu dan dikongsi 4,500 pengguna Facebook.

Namun ia hanya meletakkan dialog perbualan Kak Ros, Upin Ipin dan Opah tanpa menyatakan secara terperinci babak yang dimaksudkan.

“Cuba beritahu saya, dialog mana yang kurang ajar. Kami ada terlepas pandang tapi dalam bentuk lakonan seperti Upin Ipin jelir lidah pada Kak Ros.

“Setelah mendapat tindak balas, kami putuskan tidak sesuai. Jangan ulangi lagi.

“Kita tidak pernah mencarut. Ada yang [fitnah] kata dialog ada sebut ‘babi.’ Suruh mereka tunjukkan,” katanya yang menerbitkan animasi lebih sedekad.

Tambahnya, pihak produksi sentiasa teliti menghasilkan skrip berdasarkan pengalaman dan menapis babak tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

“Dialog animasi adalah amat sesuai dengan budak-budak. Bukan senang nak buat. Semua berdasarkan pengalaman.

“Saya besarkan anak tiada orang gaji. Kami besarkan sendiri. Kami tahu bagaimana kanak-kanak bercakap.

“Kita sampai sekarang tak buat babak Upin Ipin terjun tangga, terjun sungai semua. Kalau saya cakap mereka (penonton) marah. Kartun lain ada yang lebih teruk.

“Misalnya untuk episod sempena puasa, kami tidak buat babak Upin Ipin curi-curi makan dan tidak berpuasa,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Jawapan balas penerbit apabila Upin dan Ipin dituduh budak biadap

Post a Comment

Previous Post Next Post