Maria Farida Saman Bekas Isteri Suaminya, Namun Kemudian Maria Pula Kena Saman RM5 Juta

Kena Fitnah, Maria Farida Saman Bekas Isteri Suaminya Dan Pramugari



Maria Farida telah menyaman bekas isteri suaminya kerana dakwaan membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya.

Perintah Injuksi

Pelakon ini memohon perintah injuksi terhadap bekas isteri suaminya dan anak perempuannya dari mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepadanya kerana ia boleh merosakkan reputasinya.

Permohonan injuksi dibuat terhadap ahli perniagaan kosmetik Hadijah Mohamed Mokhtar dan pramugari Nur Shazleen Anis Mohd Yusoff

Ini antara permohonannya:

-Menghalang kedua-dua wanita itu daripada berhubung dengannya menerusi mesej, panggilan telefon, media sosial selain komunikasi dengan peguamnya.

-Memohon perintah mahkamah bagi menghalang Hadijah daripada menyebarkan gambarnya bagi tujuan mempromosikan apa juga produk keluaran syarikat wanita itu.


-Permohonan ganti rugi.

-Mahu kedua-dua mereka memohon maaf.

Saman Balas

Setekah disaman, Hadijah dan Nur Shazleen turut membuat saman balas terhadap Maria.

Yang mengejutkan tuntutan ganti rugi sebanyak RM5 juta diminta kerana mereka mendakwa pelakon itu membuat kenyataan media berunsur fitnah menerusi sebuah program hiburan pada 25 Oktober 2015.

Hadijah turut mendakwa Maria turut mengeluarkan kenyataan kepada tiga media lain pada Mei 2016 dengan membayangkan dia seorang merbahaya dan cuba meruntuhkan rumah tangganya.


Sumber Maria Farida Saman Bekas Isteri Suaminya, Namun Kemudian Maria Pula Kena Saman RM5 Juta

Post a Comment

Previous Post Next Post