Pendedahan Mengejutkan!! Ini Kenyataan Rasmi Donna Muslim Tentang Kes Rita Rudaini
Dulu ramai mengetahui hubungan akrab Rita Rudaini dan juga Donna Muslim.
Mereka berdua pernah digosikan sedang bercinta kerana sering dilihat bersama.
Namun setelah isu dakwaan Rita Rudaini menjadi 'orang ketiga' dalam isu rumah tangga Aqasha, Donna dilihat telah memuatnaik status yang agak kontroversi.
STATUS KONTROVERSI
Statusnya itu seakan memerli Rita Rudaini dengan memuatnaik gambar seekora tupai.
Ini tulisnya: "Sepandai-pandai tupai meloncat, akhirnya jatuh juga."
Gambar itu menjadi viral dan ramai mengatakan ia ditujukan kepada Rita Rudaini yang dikaitkan dengan pergolakkan rumah tangga Aqash dan isteri.
Kini, Donna yang juga pengacara HLive telah tampil membuat kenyataan rasmi tentang hal itu.
Donna telah menafikan gambar hiasan dimuat naik di laman Instagram miliknya ada kaitan dengan isu hangat melibatkan Rita Rudaini dan Aqasha.
Ini komennya:
"Saya muat naik gambar hiasan itu secara jujur dan ia memang tiada kaitan dengan isu terbabit. Sebaliknya, ia berkaitan dengan situasi saya alami sendiri membabitkan kawan.
"Biasalah, ada kawan yang kita percaya, tetapi tikam dari belakang dan macam-macam lagilah. Saya bagaimanapun memang tidak menujukan gambar itu kepada dirinya. Tapi biasalah, netizen mula mengandaikan ia memang merujuk kepada situasi itu.
"Gara-gara gambar itu juga, ada yang mula memberi komen pedas dan andaian bukan-bukan. Jadi, saya ambil pendekatan memadamkan gambar itu kerana enggan mengeruhkan perkara yang disalahtafsirkan.
"Ikutkan, saya tak tahu pun kontroversi membabitkan mereka. Saya hanya mengetahui perkara itu pun menerusi kawan yang memaklumkannya,"
PENDEDAHAN MENGEJUTKAN RAMAI
Donna kemudian membuat satu lagi pendedahan yang mengejutkan.
Katanya, dia sudah lama tidak follow atau menjadi pengikut akaun Instagram Rita.
Pengacara HLive ini juga sudah lagi tidak menghubungi pelakon jelita itu sejak beberapa bulan lalu kerana tidak mahu mengganggu kesibukannya di lokasi penggambaran.
Ini komennya:
"Saya pun sudah lama tidak menjadi pengikutnya di laman Instagram. Dia pun tak pernah 'follow' saya. Jadi, mustahil saya ada niat jahat dengan memuat naik gambar hiasan itu,"
"Selama ini, kami hanya berkawan. Begitupun, pelbagai andaian yang diberikan itu sudah menjadi kebiasaan. Saya pun sudah terputus hubungan dengannya,"
Sumber Pendedahan Mengejutkan!! Ini Kenyataan Rasmi Donna Muslim Tentang Kes Rita Rudaini
Tags:
BM