Najib sedih Jins Shamsuddin pulang ke rahmatullah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81 yang meninggal dunia di kediamannya di Hulu Klang, petang tadi.

“Sedih terima berita seniman Tan Sri Jins Shamsuddin yang pulang ke rahmatullah.

“Takziah kepada keluarga, moga roh dicucuri Rahmat. Al-Fatihah, ” kata Najib di laman Twitter beliau, hari ini.

Jins Shamsuddin meninggal dunia di sebuah klinik kira-kira jam 5.45 petang di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya.

 

Sumber: BH Online



Sumber Najib sedih Jins Shamsuddin pulang ke rahmatullah

Post a Comment

Previous Post Next Post