Tidak mudah melatah dengan ujian yang mendatang menjelang hari bahagia mereka, pelakon Hans Isaac dengan tenang menyatakan bahawa lelaki yang cuba mengeruhkan keadaan dia dan juga bakal isteri, Gabriella adalah seseorang yang tidak tahu menghormati orang lain.
Dalam kenyatannya di Instagram tersebut, Hans Isaac menjelaskan bahawa hubungan bekas kekasih bakal isterinya itu telah pun berkahir bertahun lamanya malah tindakan lelaki berkenaan seolah oleh ingin menjatuhkan maruah wanita yang bakal menjadi permaisuri hidupnya itu.
Apa yang pasti, tindakan dan dakwaan lelaki berkenaan terhadap Gabriella telah mendapat pelbagai reaksi berbeza di laman sosial. Bagaimanapun, Hans Isaac dalam penjelasannya itu juga mahu peminat untuk berkongsi rasa gembira tentang perkahwinnannya.
Semoga majlis pasangan ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Dugaan yang mendatang pastinya membuatkan ikatan semakin kuat, bukan? Kami kongsikan beberapa keping gambar ketika sesi sidang media baru baru ini. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya
Sumber “Saya rasa kesian pada dia” – Hans Isaac jawab kontroversi bekas teman lelaki bakal isterinya