Tun M sindir Nazri datang tapi tak bercakap

Gurauannya itu disambut gelak ketawa penonton apabila Mahathir secara bersahaja menyindir kesungguhan Mohamed Nazri mahu berjumpanya sehingga sanggup menunggu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah.

Tun M sindir Nazri

Tun M sindir Nazri

“Saya gembira datang sini (Padang Rengas) kerana ini adalah kawasan Nazri (Mohamed Nazri). Dia bak ada debat dengan saya tapi parti, kerajaan tak sokong dia. Siapa pun tak sokong dia.

“Tidak mengapalah, kita berdebat di Shah Alam nanti tapi hari ini dia bersungguh nak jumpa dengan saya tetapi saya pun tidak tahu kenapa dia nak jumpa. Bila dah jumpa, dia tidak cakap apa pun.

“Nak jumpa tapi tidak cakap kenapa? Dia duduk sebelah saya, pandang saya pun tidak. Paling tidak pun dia kata itu Sungai Perak. Tak perlu beritahu pun tidak apa, saya tahu itu Sungai Perak,” katanya.

Sebaik beliau selesai mengungkapkan ayat itu, terdapat sedikit gangguan teknikal pada mikrofon di pentas dan sebaik ia berfungsi, Mahathir berseloroh sekali lagi menyindir Ahli Parlimen Padang Rengas itu.

“Mikrofon ni pun macam Nazri juga. Hilang suara,” selorohnya kemudian disusuli ketawa daripada penyokongnya yang menghadiri tapak ceramah itu.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu turut meragui kebolehan Mohamed Nazri memimpin negara kerana dia dilihat tidak mampu menjaga kawasannya sendiri.

“Saya datang sini nak lihat kawasan menteri tapi yak macam kawasan menteri langsung. Barangkali dia tumpu di kawasan lain.

“Kawasan sendiri pun tak jaga, macam mana nak jaga negara? Saya bekas Presiden Umno dan sekarang sedang berusaha untuk kalahkan Umno kerana saya lihat bukan Najib saja yang salah.

“Pemimpin lain dalam Umno pun semacam juga perangainya. Dah dapat dedak banyak sampai tak boleh cakap. Mata buta, mulut bisu, telinga tersumbat,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Tun M sindir Nazri datang tapi tak bercakap

Post a Comment

Previous Post Next Post