Tak dapat naik gaji, penjaga tadika racun 10 murid

Gara-gara berang selepas kenaikan gajinya ditolak, seorang penjaga di sebuah tadika meracun muridnya sendiri.

Kejadian berlaku pada 15 Mac lalu apabila 10 pelajar Tadika Hongri di sini mengadu pening dan ada yang pengsan ketika di sekolah.

Ibu bapa pelajar yang bimbang segera membawa anak mereka ke hospital sebelum doktor mengesahkan mangsa keracunan makanan.

Polis yang menyiasat kejadian itu kemudian menahan penjaga di tadika berkenaan yang bertugas menyediakan makanan dan sebagai tukang cuci.

Rakaman kamera keselamatan di tadika itu menunjukkan suspek yang dikenali sebagai Yang meletakkan sesuatu di dalam makanan tengah hari murid berkenaan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Tak dapat naik gaji, penjaga tadika racun 10 murid

Post a Comment

Previous Post Next Post