KEBIASAANNYA acara perebutan dalam dilihat dalam babak drama Mat Saleh ketika pengantin perempuan ingin membaling bunga kepada tetamu perempuan mereka.
Tapi, kini ia bukan lagi hanya tertakluk kepada majlis perkahwinan sahaja, sebaliknya, acara baling membaling ini juga sudah diaplikasikan sebagai salah satu cara untuk menghargai peminat dan pembeli.
Sebagai contoh, video yang kian menular ini menunjukkan situasi sebenar acara perebutan beg yang diberikan penganjur sebuah festival Mood Republik yang berlangsung di Kedah, baru-baru ini.
Dalam video ini dapat dilihat di antara hadirin bercampur lelaki dan perempuan bagi mendapatkan beg yang dicampak oleh pelakon Sherry Ibrahim.
Masing-masing nampaknya tidak mahu melepaskan peluang keemasan merebut ‘beg harta karun’ yang dihadiahkan penganjur buat pengunjung.
Namun, dalam sakan berebut tu, nampak macam tak manis pula bila lelaki dan perempuan bergomol macam tu kan.
Mungkin lepas ini pihak penganjur boleh fikirkan inisiatif lain untuk memeriahkan acara sekali gus bagi menghargai pengunjung yang setia hadir ke karnival anjuran mereka.
Seorang pembaca Mynewshub juga menghantar komen seperti berikut meluahkan kurang senang dengan apa yang berlaku;
Assalamualaikum,
Saya hanya nak share je.
Tentang Mood Republik yang diadakan di kedah baru2 nie sempena #moodrepublikkedah2017. Pihak penganjur Mood Republik sepatutnye lebih berhati2 dengan mengadakan peraduan menang seharusnya gune lah cara yg betul cara yg lebih baik.
Tak sepatutnye hal nie terjadi dgn membaling beg sehingga ade yg berebut2, ade yg jatuh ade jugak peminat antara lelaki dan peminat wanita berasak2 berhimpit2 hanya kerana utk mendapatkan beg yg di baling tu. Rasenye seperti takde etika kesopanan langsung takde adab.
Pelakon Sherry Ibrahim tu pun mcm suke je nak baling2 beg kepada peminat. Cube guna cara yg lebih elok. Contoh : buat kuiz ke, main teka teki ke ataupun lantik seorang juri utk menilai. Saye sembang bace kat post IG Sherry vidoe beliau membaling beg tu. Ramai yg hentam die komen2 negative dgn cara die tu buat masyakarat anggap bende tu tak sesuai tak sepatutnye terjadi. Sherry tak padam post tu tapi orang boleh tengok betapa malunye.
Seharusnye Sherry padam terus tapi die hanya off komen. Sungguh tak beradab takde etika kesopanan langsung. Kite manusia bukan haiwan atau binatang nak diperlakukan sedemikian.
Saye harap pihak penganjur mood republik boleh pertimbangkan hal sedemikian. Kite buat cara elok orang boleh terima. Kite buat cara yg tak elok orang boleh fikir yg bukan2 orang boleh fikir negative. Sekian Terima Kasih
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Video peminat bergomol lelaki perempuan berebut beg yang dicampak Sherry Ibrahim dalam Festival Mood Republik