Walaupun bertindak kejam sepak bayi sendiri berulang kali di tempat awam, si ibu ini hanya diberi amaran lisan oleh polis

Seorang wanita hanya diberikan amaran lisan oleh pihak polis walaupun bertindak kejam menyepak bayi perempuannya berulang kali di tempat awam.

Walaupun bertindak kejam sepak bayi sendiri berulang kali di tempat awam, si ibu ini hanya diberi amaran lisan oleh polis

Walaupun bertindak kejam sepak bayi sendiri berulang kali di tempat awam, si ibu ini hanya diberi amaran lisan oleh polis

Kejadian itu yang dirakamkan di wilayah Guangdong, tenggara China pada 24 Februari lalu menunjukkan wanita yang hanya dinamakan sebagai Chen, mencampak anak perempuannya di tangga selepas bayi tersebut tidak berhenti menangis.

Tidak setakat itu, wanita yang berusia 27 tahun itu turut menyepak bayi berkenaan berulang kali tanpa belas ihsan.

Insiden rakaman itu disiarkan oleh pihak polis yang hanya memberi amaran lisan kepada wanita tersebut agar tidak lagi berbuat demikian.

 

Bayi perempuan itu juga difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Bagaimanapun, rakaman tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai yang mahu wanita terbabit dikenakan hukuman yang lebih berat.

Wanita tersebut dikatakan telah memohon maaf atas kejadian itu dan bayinya kini dijaga oleh ibu dan bapanya.

Sumber: Mstar



Sumber Walaupun bertindak kejam sepak bayi sendiri berulang kali di tempat awam, si ibu ini hanya diberi amaran lisan oleh polis

Post a Comment

Previous Post Next Post