Bintang terkenal Hollywood, Janet Jackson khabarnya telah berpisah dengan suaminya yang juga jutawan Wissam Al Mana.
Memetik laporan portal Daily Mail, hanya selepas tiga bulan kakak kepada penyanyi terkenal dunia, Michael Jackson itu melahirkan bayi perempuan, Eissa Al Mana, pasangan ini memutuskan untuk tidak lagi tinggal sebumbung.
Menurut sumber terdekat, pasangan yang telah lima tahun berkahwin itu berpisah kerana tiada kesefahaman lagi.
“Sedihnya Janet dan Wissam tidak mampu mempertahankan mahligai yang dibina dan membuat keputusan untuk jalani kehidupan masing-masing.
“Meskipun terlalu sibuk, mereka berdua tetap menjalankan tugas sebagai ibu dan bapa kepada anak tunggal biarpun tidak lagi tinggal bersama, “ kata sumber itu.
Sementara itu, menerusi laman portal The Sun, punca penceraian mereka masih lagi menjadi tanda tanya.
Baik Janet mahupun Wissam, masing-masing mengunci mulut dan tidak mengembar-gemburkan hal tersebut.
Ini merupakan penceraian ketiga buat Janet.
Sebelum ini penyanyi lagu Runway ini berkahwin dengan James DeBarge pada tahun 1984 dan bercerai setahun kemudian.
Menerusi perkahwinan keduanya bersama produser muzik Rene Elizondo pada tahun 1991 juga tidak bertahan lama dan akhirnya berpisah selepas sembilan tahun hidup bersama.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Baru 3 bulan bersalin, Janet Jackson sudah bercerai?