Drama 7 Hari Mencintaiku bolot 6 anugerah

Drama 7 Hari Mencintaiku mendominasi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) apabila memenangi enam daripada sembilan anugerah yang dipertandingkan.

Pelakon Shukri Yahaya dan Siti Saleha diumumkan pasangan pilihan Anugerah DFKL 2017 menerusi drama '7 Hari Mencintaiku'. ― Foto oleh Yusof Mat Isa

Enam kategori yang dimenangi ialah aktor pilihan, drama pilihan, pengarah pilihan, penulisan skrip pilihan, pasangan pilihan dan lagu pilihan.

Anugerah DFKL 2017 yang bertemakan “#CeritaKita” disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam ini.

Diacarakan Rita Rudaini, Sherry Al Hadad dan AG, anugerah yang memasuki tahun keempat penganjurannya turut dihiburkan dengan Elyana, Dayang Nurfaizah dan Sissy Imann

Berikut senarai penuh pemenang Anugerah DFKL 2017:

Aktor Pilihan: Shukri Yahaya (7 Hari Mencintaiku)

Aktres Pilihan: Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner)

Drama Pilihan: 7 Hari Mencintaiku

Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)

Penulisan Skrip Pilihan: PGRs Team (7 Hari Mencintaiku)

Antagonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)

Pasangan Pilihan: Shukri Yahaya dan Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)

Lagu Pilihan: Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah (7 Hari Mencintaiku)

Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Drama 7 Hari Mencintaiku bolot 6 anugerah

Post a Comment

Previous Post Next Post