TMJ beri kata dua, bayar hutang atau potong mata

Setiap pasukan diberi kata dua agar membayar segera tunggakan hutang setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melunaskan hutang masing-masing.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan FAM akan melangsaikan hutang RM9 juta kepada pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana minggu depan. — Foto oleh Choo Choy May

Jika gagal berbuat demikian, tegas presiden persatuan induk itu, FAM akan mengambil tindakan terhadap mereka termasuk pemotongan mata, lapor Utusan Online.

“Walaupun tiada duit kami akan guna sumber daripada simpanan tetap. Pasukan Liga Super mendapat RM500,000 manakala Liga Perdana RM240,000.

“Selepas itu mereka juga mesti bayar hutang kalau tidak tindakan akan diambil termasuk pemotongan mata,” kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

FAM akan melangsaikan hutang RM9 juta kepada semua pasukan dalam dua liga itu minggu depan.

Sumber: Projek MMO



Sumber TMJ beri kata dua, bayar hutang atau potong mata

Post a Comment

Previous Post Next Post