Harga kertas fotostat dan buku latihan dijangka naik lagi bulan depan

Harga kertas fotostat dan buku latihan dijangka naik lagi pada bulan depan, setelah melambung naik antara 10 hingga 20 peratus mulai bulan ini.

Harga kertas fotostat dan buku latihan dijangka naik lagi bulan depan

Harga kertas fotostat dan buku latihan dijangka naik lagi bulan depan

Menurut syarikat pemborong dan pembekal alat tulis kepada Nanyang Siang Pau, akibat nilai ringgit menyusut, kenaikan harga mentah dan kos pengangkutan, telah mendorong harga kertas import melambung naik, terutama kertas fotostat.

Bagi peniaga, untuk melariskan jualan, mereka cuba mengelak daripada menaikkan harga dan sanggup memperoleh keuntungan walaupun sedikit.

“Pada bulan April, harga alat tulis dan kertas fotostat telah pun naik. Kita akan jual stok lama mengikut harga lama, tetapi bila stok baharu masuk mulai bulan depan, kita terpaksalah jual ikut harga baharu,” kata seorang peniaga.

Manakala seorang pengusaha kedai alat tulis pula memberitahu akhbar ini, kertas fotostat (kertas A4) yang biasa digunakan kebanyakan orang dan sekolah, sudah tentu tidak dapat dielakkan daripada mengalami kenaikan harga kerana ia adalah barangan import.

“Akibat nilai ringgit turun dan kos pengangkutan semakin mahal, harga kertas A4 sudah tentu perlu naik. Kebanyakan alat tulis adalah diimport dari China. Selain kertas A4, buku latihan dan buku juga dijangka naik,” katanya.

Sumber: Sinar



Sumber Harga kertas fotostat dan buku latihan dijangka naik lagi bulan depan

Post a Comment

Previous Post Next Post