Harga runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing turun 6 sen dan 5 sen seliter manakala diesel turun 7 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam ini.
Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun 6 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.21 seliter berbanding RM2.27 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.49 berbanding RM2.54 sebelum ini.
Harga baru diesel pula turun 7 sen menjadikan harga jualannya RM2.14 seliter berbanding RM2.21.
Harga baru bahan api itu berkuat kuasa dari 27 April 2017 hingga 3 Mei 2017 selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini.
Sumber: Metro
Sumber Harga RON95, RON97, diesel turun
Tags:
tbKOR