Keadaan Julia Perez makin membimbangkan, sudah tidak boleh bercakap normal dan mula tidak mengenali orang

Kondisi pelakon Julia Perez yang menghidap barah pangkal rahim tahap empat semakin membimbangkan selepas menjalani rawatan kemoterapi Isnin lalu.

Keadaan Julia Perez makin membimbangkan, sudah tidak boleh bercakap normal dan mula tidak mengenali orang

Keadaan Julia Perez makin membimbangkan, sudah tidak boleh bercakap normal dan mula tidak mengenali orang

Menurut adiknya, Nia Anggia tahap kesihatan Julia semakin lemah dan hanya terbaring di katil sejak seminggu yang lalu.

“Sebenarnya saya tidak mahu cerita mengenai kondisinya kerana saya yakin pasti ada keajaiban buat dia.

“Namun saya perlu akur kini keadaannya sudah lemah dan hanya tidur dan terbaring di atas katil sejak seminggu lalu,” katanya.

Selain tidak dapat bergerak melakukan aktiviti seperti biasa, Nia memberitahu kakaknya sudah mula tidak mengenali orang terdekatnya.

“Dia sudah tidak boleh bercakap normal. Malah sudah mula tidak mengenali beberapa orang sekelilingnya.

“Saya pun tak pasti sama ada ia adalah kesan atau pengaruh ubat yang diambil,” katanya lagi.

Sumber: Kapan Lagi

Via: Astro Gempak



Sumber Keadaan Julia Perez makin membimbangkan, sudah tidak boleh bercakap normal dan mula tidak mengenali orang

Post a Comment

Previous Post Next Post