Kini lepas minum air, boleh makan botolnya pula

Botol air plastik yang menimbulkan masalah pencemaran dunia tidak lama lagi mungkin diganti dengan bekas air yang boleh dimakan.

Boleh dimakan, bebola air yang dinamakan “Ooho!” diperbuat daripada membran semula jadi yang boleh terurai. — Foto ihsan Instagram/Ooho Water

Bekas air itu, dalam bentuk bebola, yang dinamakan “Ooho!” diperbuat daripada membran semula jadi yang boleh terurai, lapor The Telegraph.

Membran daripada ekstrak rumpai laut ini boleh dimakan dan dicerna. Ia tidak mempunyai rasa tetapi boleh dimasukkan perisa.

 

 

Syarikat pencipta teknologi menarik ini Skipping Rocks Lab, diasaskan tiga pelajar seni reka, berhasrat mengeluarkan beberapa produk lestari alam.

Mereka setakat ini berjaya mengutip dana daripada orang ramai £582,000 (RM3.2 juta) untuk menghasilkan bebola air Ooho!. Lebih 500 orang berminat melabur.

Lebih murah daripada sebotol air plastik, Ooho! bercadang memperkenal produk ini dalam acara besar seperti marathon dan festival muzik tahun ini.

Sumber: Projek MMO



Sumber Kini lepas minum air, boleh makan botolnya pula

Post a Comment

Previous Post Next Post