Marvel pecat pelukis komik X-Men, selit mesej Islam isu Ahok

Marvel memecat pelukis komik Indonesia selepas menyelitkan mesej agama dan politik secara tersembunyi dalam keluaran pertama X-Men: Gold.

Marvel pecat pelukis komik X-Men

Marvel pecat pelukis komik X-Men

Penerbit komik antarabangsa itu berkata kontrak Ardian Syaf ditamat serta-merta tetapi karyanya masih berada di pasaran susulan dakwaan membawa mesej anti-Kristian dan anti-Yahudi.

Keluaran kedua dan ketiga X-Men: Gold, yang diketuai oleh beliau, telah dihantar untuk dicetak.

Kontroversi bermula hujung minggu lalu apabila pembaca menyedari Ardian menyelitkan mesej berunsur agama dan politik.

Beliau dilaporkan mengambil ilham daripada demonstrasi menentang gabenor Jakarta Basuki “Ahok” Tjahaja Purnama, kini dibicarakan atas tuduhan menghina Islam.

 

Watak Colossus dilukis memakai baju T yang tertera huruf QS 5:51, dipercayai merujuk al-Quran surah al-Maidah yang dipetik Ahok sehingga mencetuskan isu besar itu.

Surah itu antara lain menyebut amaran kepada orang beriman agar tidak melantik pemimpin Kristian dan Yahudi.

Ahok, seorang pemimpin etnik Cina yang beragama Kristian, membaca ayat al-Quran itu dalam kempennya untuk menyatakan ada pihak menggunakan hujah itu untuk menolaknya.

Ardian juga melukis nombor 212, dipercayai tarikh demonstrasi diadakan pada 2 Disember lalu di sini bagi menentang gabenor kontroversi itu tetapi masih popular.

Sumber: Projek MMO

 



Sumber Marvel pecat pelukis komik X-Men, selit mesej Islam isu Ahok

Post a Comment

Previous Post Next Post