Malique hanya izinkan rakaman suara, produksi AME2017 hormati keputusannya walaupun peminat kecewa

Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris akui rakaman suara ketika persembahan duet Dayang Nurfaizah menerusi lagu Pejamkan Mata di Anugerah MeleTOP ERA (AME2017) merupakan suara Malique.

Malique hanya izinkan rakaman suara, produksi AME2017 hormati keputusannya walaupun peminat kecewa

Malique hanya izinkan rakaman suara, produksi AME2017 hormati keputusannya walaupun peminat kecewa

Menurut Namanzee, pihak produksi mengadakan perbincangan bersama syarikat rakaman Malique, Warner Music mengenai persembahan tersebut.

Bagaimanapun, Malique bersetuju dengan hanya membenarkan rakaman suaranya sahaja untuk persembahan bersama Dayang di AME2017.

“Pihak produksi amat menghormati keputusan Malique untuk tidak muncul di pentas dan hanya mengizinkan rakaman suaranya sahaja.

“Memang benar kemunculan beberapa lelaki bertopeng di AME2017 hanyalah gimik semata-mata namun suara yang digunakan ketika persembahan tersebut sememangnya suara Malique.

“Kami juga rasa bertuah kerana Malique sudi merakamkan suaranya khas untuk AME2017,” jelasnya.

Terdahulu, nama Malique menjadi trending apabila peminat mula tertanya-tanya mengenai kemunculannya di AME2017 ketika persembahan Dayang.

Teks oleh: Mya Amri

Kredit foto: Kakifoto Instagram

Sumber: Astro Gempak



Sumber Malique hanya izinkan rakaman suara, produksi AME2017 hormati keputusannya walaupun peminat kecewa

Post a Comment

Previous Post Next Post