“Tak kisahlah apa orang nak komen, yang penting saya suka baju itu” – Neelofa

Pelakon Neelofa akui tidak kisah terhadap kritikan yang diberikan terhadap busana yang dipakainya sewaktu mengacarakan Anugerah MeleTOP ERA (AME2017) pada Sabtu.

"Tak kisahlah apa orang nak komen, yang penting saya suka baju itu" - Neelofa

“Tak kisahlah apa orang nak komen, yang penting saya suka baju itu” – Neelofa

Menurut Neelofa, dia amat menyukai busana rekaan Fizi Woo itu kerana ingin menampilkan sedikit kelainan berbanding busana-busana yang sering menjadi pilihan ketika mengacara majlis anugerah.

“Secara jujurnya saya sendiri tidak sabar untuk memakai baju ini dan sewaktu ‘fitting’ pun saya memang sangat sukakannya.

“Saya juga ingin menampilkan sedikit kelainan dan kalau kita lihat masih belum ada lagi di mana-mana anugerah orang memakai busan seperti ini.

“Selalunya busana berkilau menjadi pilihan jadi apa salahnya saya tampilkan sesuatu berbeza yang orang lain tidak jangka.

“Lagipun saya sukakan ayat pada baju putih itu yang memberikan aura positif lagipun ketika saya hadiri pertunjukan fesyen di Paris, busana sebegini merupakan antara koleksi dari jenama terkenal, Dior.

“Saya terima apa sahaja orang nak komen asalkan saya sendiri suka dan gembira dengan busana tersebut,” katanya.

Neelofa  sebelum ini pernah menerima kritikan di AME2016 apabila menyarungkan jump suit berwarna neon hijau dan disamakan karakter Cell dalam siri popular Dragon Ball.

Teks oleh: Mya Amri

Sumber: Astro Gempak



Sumber “Tak kisahlah apa orang nak komen, yang penting saya suka baju itu” – Neelofa

Post a Comment

Previous Post Next Post