“Saya hanya pinjam saja” – Diapit 2 pengawal peribadi di Anugerah DFKL, Nadia Brian ada hubungan dengan anak VVIP?

Kelibat pelakon Nadia Brian ketika hadir pada malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 pada 9 April lalu sambil diiringi dua pemuda pengawal peribadi menimbulkan tanda tanya.

"Saya hanya pinjam saja" - Diapit 2 pengawal peribadi di Anugerah DFKL, Nadia Brian ada hubungan dengan anak VVIP?

“Saya hanya pinjam saja” – Diapit 2 pengawal peribadi di Anugerah DFKL, Nadia Brian ada hubungan dengan anak VVIP?

Mengakui dua individu berkenaan ditugaskan untuk mengiringinya, Nadia, 26 bagaimanapun berkata mereka bukan berkhidmat secara tetap untuknya.

“Bukan pengawal peribadi saya, siapalah Nadia Brian nak pasang bodyguard. Mereka sebenarnya adalah pengawal peribadi kepada seorang kenalan baik saya.

 
Nadia ketika di laluan karpet merah Anugerah DFKL 2017. -foto Instagram @uprisingentertainment

“Saya hanya pinjam sekejap untuk ke majlis itu, mereka tolong hantar saya ke sana bagi memudahkan urusan parkir.

“Bukan saya seorang, Reen Rahim pun ada bersama saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Nadia menjelaskan mengenai khabar angin yang mengatakan dia kini sedang hangat bercinta dengan seorang anak VVIP sehingga terpaksa diiringi dua pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya.

Namun Nadia atau nama sebenarnya Najwa Mohamed Rashidi berkata dakwaan berkenaan adalah tidak benar.

“Lelaki itu adalah teman baik saya. Kami kenal sejak 2013 sebelum saya menyertai dunia lakonan, masa itu saya masih belajar di UiTM.

“Kami memang berkawan rapat, tapi dia hanyalah orang biasa, bukan anak VVIP seperti yang didakwa,” katanya.

Bercerita mengenai status lelaki yang enggan didedahkannya itu, pelakon Akulah Balqis ini mengakui selesa berkawan dengan pemuda berkenaan.

“Sudah empat tahun kami berkenalan, saya memang selesa ketika bersamanya. Namun jika nak katakan dia adalah teman lelaki saya, itu tak pasti.

“Tunggulah, kalau ada apa-apa maklumat mengenainya saya akan kongsikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain Nadia kini sedang sibuk menjalani dua pengambaran dua telefilem iaitu Haluan dan My Sweet Lavender.

Sumber: Mstar



Sumber “Saya hanya pinjam saja” – Diapit 2 pengawal peribadi di Anugerah DFKL, Nadia Brian ada hubungan dengan anak VVIP?

Post a Comment

Previous Post Next Post