Tak boleh baca Al-Quran, Bouncer ada ilmu kebal tiba-tiba lumpuh

Amalan ilmu kebal seorang pengawal kelab malam memakan diri apabila lumpuh hampir dua tahun dan kini bergantung sepenuhnya dengan keluarga.

Keratan akhbar Harian Metro menunjukkan wartawan menemubual Zack (membelakang kamera) yang mendakwa mengamalkan ilmu kebal.

Digelar “bouncer dewa”, lelaki 43 tahun itu tidak pernah cedera dalam pergaduhan, termasuk ketika diserang enam lelaki bersenjatakan parang, lapor Harian Metro.

Dikenali sebagai Zack Tiger, beliau menuntut ilmu kebal pada 2003 daripada seorang lelaki Indonesia dengan syarat tidak boleh membaca al-Quran dan mengambil makanan sunnah.

Namun dalam 2014, tiba-tiba seluruh badannya kaku tanpa sebab walau tidak pernah melanggar pantang larang gurunya, yang dipanggil Pak Sastro.

“Saya dibawa untuk dirawat di sebuah hospital swasta dan doktor mengesahkan saya tidak mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi atau kencing manis,” katanya.

Lebih memburukkan keadaannya, anaknya yang berusia dua tahun mengidap masalah kelumpuhan otak atau cerebral palsy.

Namun, berkat rawatan di pusat perubatan Islam sejak Januari tahun lalu, beliau pulih sepenuhnya Disember lepas.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Tak boleh baca Al-Quran, Bouncer ada ilmu kebal tiba-tiba lumpuh

Post a Comment

Previous Post Next Post