Video tentera US nyanyi lagu ‘Assalamualaikum Ustazah’ jadi tular

Sejak dua hari lalu menjadi tular di laman sosial sebuah video yang menunjukkan sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) telah menyanyikan lagu kumpulan Khalifah.

Ketika video berkenaan dirakam, kumpulan kugiran yang dikenali sebagai US pacific Fleet Band ‘Pipeline’ dianggotai oleh Brent Mitchell (vokalis), Ray Lappoon, Trans Stanley, Mike DeLorean dan Paul Tomson telah membuat persembahan di Experimental Theatre(Et) Faca, Universiti Malaysia Sarawak.

Apabila mereka menyanyikan lagu berkenaan, ianya terus mendapat sorakan penonton kerana lagu itu kini merupakan antara lagu popular yang sedang bermain di corong-corong radio tempatan ketika ini.

US pacific Fleet Band hadir ke Malaysia bersempena program Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17) anjuran Kementerian Pertahanan pada 19 April (Rabu) ini di dewan Auditorium Pustaka, Sarawak.

Sumber: Siakapkeli


Sumber Video tentera US nyanyi lagu ‘Assalamualaikum Ustazah’ jadi tular

Post a Comment

Previous Post Next Post