Bekas ketua ajaran sesat dipenjara kerana miliki 25 isteri dan 145 anak

Ottawa, Kanada: Seorang bekas ketua sebuah ajaran sesat dihukum penjara lima tahun selepas didapati bersalah berkahwin dengan 25 wanita dan mempunyai seramai 145 anak.

 

Bekas ketua ajaran sesat dipenjara kerana miliki 25 isteri dan 145 anak

Bekas ketua ajaran sesat dipenjara kerana miliki 25 isteri dan 145 anak

 

 

Winston Blackmore, 61, dituduh melanggar undang-undang poligami dengan berkahwin melebihi seorang wanita di satu komuniti kecil di Bountiful, British Columbia.

Tembelang Blackmore terbongkar selepas aktivitinya didedahkan oleh seorang bekas isterinya, Jane Blackmore yang turut menjadi saksi di mahkamah.

Jane memberitahu mahkamah, Blackmore berkahwin dengan ramai wanita dengan alasan itu adalah arahan daripada tuhan.

CBCNews melaporkan, perbicaraan terhadap Blackmore berlangsung selama 12 hari di Mahkamah Agong British Columbia.

Sumber: Metro



Sumber Bekas ketua ajaran sesat dipenjara kerana miliki 25 isteri dan 145 anak

Post a Comment

Previous Post Next Post