Cinta tak direstui punca remaja India Muslim dirogol dan dibunuh

SUDAH dirogol, dibunuh pula. Mana pergi sifat perikemanusiaan kamu itu wahai lelaki? Tak takutkah kalian kalau perkara macam tu jadi pada ahli keluarga terdekat kamu?

 

 

Cinta tak direstui punca remaja India Muslim dirogol dan dibunuh

Cinta tak direstui punca remaja India Muslim dirogol dan dibunuh

 

Itulah yang menimpa seorang remaja perempuan etnik India Muslim setelah diculik sebelum dirogol dan dibunuh dekat selatan London, minggu lalu seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Menurut Daily Mail, Celine Dookhran menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya, seorang lelaki Arab namun hubungan cinta itu tidak direstui keluarganya kerana mereka mahu anaknya berkahwin dengan lelaki India Muslim.

Pegawai pendakwa Britain, Binita Rosceo menjelaskan bahawa mangsa yang berusia 19 tahun dan rakan serumahnya telah diculik ketika berada di rumah sewa mereka.

 

Mayat allahyarham Celine kemudian telah ditemui di sebuah rumah agam bernilai £1.5 juta (RM8.4 juta) yang sedang diubah suai dekat selatan London.

Rakan serumahnya yang berusia 20-an itu bernasib baik kerana terselamat dan dikatakan ketika kejadian dia berada di bilik sebelum terdengan jeritan mangsa dari dalam bilik mandi.

Mangsa turut telah diseret oleh dua orang lelaki sebelum dia dikenakan renjatan elektrik. Kedua-dua telah diikat dengan pita pelekat serta tali dan mulut disumbat dengan sarung kaki yang dibungkus dalam kepingan plastik.

Mereka seterusnya disumbat masuk ke dalam sebuah kenderaan. Dua remaja perempuan ini telah dibawa ke rumah berkenaan yang terletak di Kingston iaitu lapan kilometer dari rumah mereka.

Malang nasib remaja muda ini apabila dia telah dirogol dan dibunuh dengan lehernya dikelar manakala rakannya pula cedera di leher tetapi berjaya melepaskan diri.

Kedua-dua manusia bertopengkan syaitan itu berjaya diberkas di atas tuduhan bunuh, rogol dan culik. Mujahid Arshid, 33, dan Vincent Tappu, 28, telah dihadapkan ke mahkamah di Wimbledon di atas pertuduhan tersebut.

Allahyarham Celine dikatakan aktif menerusi akaun Twitternya kerana sering mengenakan solekan dan dia juga bercita-cita untuk menjadi jurusolek.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

 



Sumber Cinta tak direstui punca remaja India Muslim dirogol dan dibunuh

Post a Comment

Previous Post Next Post