China beri India amaran: “Jangan cuba nasib, jangan berangan-angan”

China memberi amaran kepada India agar tidak ‘bermain api’ dengan merendah-rendahkan kesungguhan Beijing mempertahankan wilayah China selepas kedua-dua negara terlibat dalam pertelingkahan sempadan di Himalaya.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Wu Qian mengulangi tuntutan Beijing supaya India mengundurkan tentera dari Doklam Plateau, kawasan yang didakwa milik sekutu New Delhi, Bhutan.

Lokasi yang sama juga menyaksikan China membina laluan ke arah sempadan India.

“Kesungguhan China untuk menjaga kepentingan dan keselamatan negara tidak boleh dipertikaikan.

“Saya ingin mengingatkan India agar tidak mencuba nasib dan berangan-angan.

“Sejarah 90 tahun tentera PLA menunjukkan satu perkara jelas iaitu tentera kami menjaga kedaulatan wilayah dan kesungguhan kami tidak pernah goyang.

“Lebih mudah menggoyangkan gunung berbanding PLA,” katanya.

India meminta kedua-dua pihak untuk mengundurkan tentera dan mengadakan rundingan bagi menyelesaikan kemelut itu yang bermula awal bulan lalu selepas tentera China memulakan kerja-kerja memanjangkan jalan dari Yadong ke Tibet.

Sumber: Mstar



Sumber China beri India amaran: “Jangan cuba nasib, jangan berangan-angan”

Post a Comment

Previous Post Next Post