Pengguna terkejut ada ibu gantung buaian dalam MRT

Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) dikejutkan dengan tindakan seorang ibu yang menggantung buaian anaknya di dalam pengangkutan awam itu.

buaian dalam MRT

buaian dalam MRT

Buaian itu didakwa disangkutkan pada senggayut pemegang tempat berdiri.

Gambar tindakan pelik ibu kanak-kanak itu turut menjadi tular di laman media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Nana Abd Rashid berkongsi status mengenai peristiwa itu yang disifatkan sebagai amat memalukan.

“Alahai kak, awat tak bawak tilam, toto skali naik MRT. Tolonglah kak, jangan bagi malu. Anak-anak tu kalau boleh pantau sikit, jaga harta benda awam bersama.

“Boleh pula dia bawa buai sangkut dalam MRT. Keselamatan anak tanggungjawab mak bapa ,kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT… alahai…,” tulisnya di Facebook.

Posting itu turut mendapat kecaman dalam kalangan netizen.

@Azah Haziq Akashah berkata:”Tak fahamlah… nak service world class tapi mentaliti tak ada class. Kalau train tu emergency brake, anak tercampak pecah kepala, siapa nak tanggung?.”

@Nyonya Harun berkata: Inilah bangsa tak malu dan tak boleh nak diajar. Lingkup harta awam dengan perangai pelik-pelik dan tak bertamadun macam ni, vandalisme dan buta sosial namanya!

@Hana Yoo Rin Saleh berkata: Betul… orang Malaysia memang banyak yang tak ada disiplin, tak ada sivik. Time nak masuk MRT berebut-rebut. Kalau kat Hong Kong… Korea… Australia… tiada masalah walaupun waktu sesak. Semua berjalan lancar… yang nak naik tunggu kiri dan kanan pintu, laluan tengah untuk orang keluar dari MRT, eskalator pun sama. Bila naik berdiri di sebelah kiri, sebelah kanan untuk orang yang rushing saja.

Sumber: MStar



Sumber Pengguna terkejut ada ibu gantung buaian dalam MRT

Post a Comment

Previous Post Next Post