Fara Hazel mengaku guna populariti adiknya Aiman Tino untuk jadi penyanyi

KAKAK kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Fara Hazel mengakui ada menggunakan populariti adiknya untuk berada dalam industri muzik tanah air.

 

 

Fara Hazel mengaku guna populariti adiknya Aiman Tino untuk jadi penyanyi

Fara Hazel mengaku guna populariti adiknya Aiman Tino untuk jadi penyanyi

 

Menurut Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Yusri, 21, tidak ada salah jika dia menerima sedikit tempias daripada Aiman memandangkan mereka berdua adik-beradik yang sentiasa menyokong antara satu sama lain.

“Saya tak anggap menggunakan populariti Aiman tu perkara yang salah.  Bukan nak menumpang tapi kami saling menyokong karier nyanyian.

Fara Hazel.

“Aiman pun tak kisah kalau saya gunakan dia. Cuma, harap-harap saya mampu nak membina nama sendiri tanpa gunakan sesiapa,” kata Fara kepada mStar Online.

 

Fara ditemui ketika sesi rakaman muzik video lagu pertamanya Setiaku Pasti di Kapung Limau Manis, Kajang pada Selasa.

Tambah Fara, dia dan Aiman juga bersaing dalam industri muzik biarpun mereka mempunyai pertalian darah.

“Walaupun kami sangat rapat tapi bila dalam industri  kena juga bersaing satu sama lain. Berlawan demi mencipta nama bersama-sama.

Fara bersama adiknya Aiman. FOTO: Instagram Fara Hazel.

“Bukanlah dengan ada perasaan cemburu atau dengki. Kami berdua saling membantu untuk menaikkan nama dalam industri muzik,” ujarnya.

Selain sibuk mempromosikan lagu terbaru, Fara kini sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat insuran.

Fara merupakan pelajar tahun ketiga jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.

Sumber: Mstar



Sumber Fara Hazel mengaku guna populariti adiknya Aiman Tino untuk jadi penyanyi

Post a Comment

Previous Post Next Post