BERITA yang sering tular tanpa kesahihan merupakan satu hal yang perlu dipandang serius pada masa kini.
Lagi-lagi jika berita palsu itu melibatkan agama seseorang. Itu sudah melampau dan tidak boleh dimaafkan dengan mudahnya!
Kisah Nur Hidayah Low Abdullah yang merupakan seorang mualaf yang berasal dari Melaka perlu diambil sebagai pengajaran.
Wanita ini telah memeluk agama Islam namun malangnya telah diceraikan oleh suami dan dibuang oleh keluarganya sendiri kerana menukar agama.
Apa yang telah terjadi kepada wanita ini ialah apabila dia dikatakan telah murtad dan ingin memberikan anaknya kepada orang lain setelah diceraikan suami.
Akibat berita itu, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah melakukan siasatan segera dan terus berjumpa dengan Hidayah.
Hasil siasatan tersebut, Hidayah menafikan isu berkenaan dan menegaskan bahawa ia merupakan berita palsu yang tidak benar sama sekali!
Berikut screenshot mengenai berita palsu tersebut:
Selain itu, kononnya Hidayah berasal dari bumi kenyalang, Sarawak itu juga palsu belaka. Hakikatnya wanita ini berasal dari Melaka dan telah berpindah ke Perlis beberapa bulan yang lalu.
Pihak MAIPs telah memberikan bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada wanita berkenaan bagi menanggung kehidupannya bersama dua anaknya. Selain itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan PERKIM juga turut sama-sama membantu memberikan bantuan yang sepatutnya kepada Hidayah.
Seorang imam masjid kampung berkenaan juga dengan baik hati telah memberi tempat perlindungan kepada Hidayah iaitu di rumah kedai miliknya secara percuma. Hidayah juga sering menghadiri kelas agama yang dianjurkan oleh pihak PERKIM.
Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua umat Islam yang sudi membantu Hidayah.
Akhir kata, janganlah kita dengan sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu demi kepentingan diri sendiri.
Fitnah bukanlah satu perkara kecil yang boleh dipandang mudah. Ia merupakan satu dosa yang mana kita perlu meminta maaf kepada tuan badan itu sendiri. Renung-renungkanlah.
Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Sumber “Hentikan fitnah konon saya murtad!” – Wanita muallaf kesal berita palsu tersebar