PETALING JAYA: Harga bahan api naik bermula Khamis, dengan kenaikan sebanyak enam sen per liter bagi petrol dan tiga sen untuk diesel.
Petrol RON95 akan meningkat sebanyak enam sen menjadikan harga baharu RM2.03 per liter (dari RM1.97 per liter), manakala RON97 adalah RM2.28 per liter (dari RM2.22 per liter).
Sementara itu, harga diesel akan meningkat sebanyak tiga sen pada RM1.99 per liter (dari RM1.96 per liter).
Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu.
Sumber: Mstar
Sumber Petrol RON95 dan RON97 naik 6 sen, diesel naik 3 sen bermula tengah malam ini
Tags:
tbKOR