Inilah Formula ‘Mahal’ Untuk Mudahkan Anak Tahun 1 Cepat Faham Matematik

Percayalah silibus semua subjek anak-anak Tahun 1 semakin sukar. Arasnya tinggi. Ya, kalau kaum mak-mak sendiri yang tengok pun, belum tentu terus faham apa yang soalan itu nak dan kalau faham pun, bukan senang nak terangkan pada anak-anak bagi faham.

Tak percaya? Ok, mak-mak boleh belek buku teks Tahun 1 yang baru. Lagi susah hati, tahun 1 sudah kena bina ayat! Padahal anak-anak masih terkial-kial nak menulis nama sendiri.

Untuk pujuk hati sendiri, mak-mak boleh ajar anak-anak di rumah dengan salah satu FORMULA yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh ini yang kami kongsikan menerusi Mingguan Wanita.

Inilah Formula ‘Mahal’ Untuk Mudahkan Anak Tahun 1 Cepat Faham Matematik

Baik. Malam ini aku dapat satu lagi ilmu best. Ilmu ini dikongsi sahabat guru dalam group KGM.

Fuh, ilmu mahal ni. Sebab part ini paling susah nak terangkan kat murid-murid tahun 1. Bila ada kotak kosong di tengah atau didepan.

Orang tua tengok sebelah mata boleh jawab, tapi budak umur 7 tahun tengok dengan kanta pembesar pun tak faham-faham lagi. Nak bagi faham kat murid tahun 1 hal ini sampai berpeluh ketiak. Habis gaya dan cara cikgu buat. Jadi tarzan, jadi rimau.

Tu pun tak semua yang faham.

Alang-alang aku baru jumpa cara best ni, terus aku kongsi dengan kau orang-lah. Tak baik simpan ilmu sorang-sorang, ye dak?

Oh ya, idea ni bukan aku yang cipta. Bukan aku yang tulis ya. Tu kat gambar tu dah jelas tulis blog dia ‘anak sayabijak.blogspot.my’

Cikgu Matematik Kongsi Formula ‘Mahal’ Untuk Mudahkan Anak Tahun 1 Cepat Faham

Ha, sumbernya aku yakin dari situ. Terima kasihlah buat pencetus idea dan yang berkongsi hal ini. Sangat berguna pada aku dan pada ibubapa juga.
#MFS

– Guru – Memberi yang banyak, tidak pula menyorok yang sedikit.

Jadi, terpulang pada mak ayah hari ini… kalau betul sayangkan dan nak anak ke depan, anda tak boleh harapkan cikgu sekolah ajar sahaja. Mak ayah juga perlu bantu anak-anak tersayang bagi cepat faham. Moga anak-anak kalian membesar dengan bijak dan menjadi anak contoh harapan Negara!


Sumber Inilah Formula ‘Mahal’ Untuk Mudahkan Anak Tahun 1 Cepat Faham Matematik

Post a Comment

Previous Post Next Post